Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

2 Bulan yang lepas dapat tau yang status "Simpanan Lantikan" dah bertukar ke "Lantikan Tetap".
syukur alhamdulillah..sekarang ni tengah menunggu surat tawaran dari JPA...Hari tu kol JPA..diaorg cakap nama aku tersenarai dalam Fasa ke II..means tahun depan....Ok.Fine. Means aku sempat la buat apa yg patut...hehe.sape sape yg status nya masih "Lantikan Tetap" tapi xdpt surat lagi? ..mane tau nnt kita sama intake next year..boleh jd member =)


Subject: STATUS SIMPANAN LANTIKAN
Puan,
Emel puan berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa calon simpanan akan dilantik mengikut tingkat keutamaan sekiranya terdapat kekosongan bagi jawatan yang sama dan juga ada permohonan penambahan kekosongan dari jabatan/kementerian. Untuk makluman, Suruhanjaya ini telah memutuskan mulai 30 Jun 2014 tempoh sah laku calon simpanan adalah selama 2 tahun. Oleh itu calon simpanan hanya akan dilantik apabila wujud kekosongan dan calon simpanan juga akan disaring bagi tujuan semakan kewarganegaraan, insolvensi dan jenayah. Hanya calon yang melepasi saringan tersebut sahaja yang akan ditawarkan pelantikan. Bagi sebarang urusan pengambilan yang diluluskan mulai 1 Jun 2012 sehingga 30 Jun 2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29 Jun 2016.
3. Jumlah keseluruhan yang telah dilantik dan ranking adalah SULIT ianya tidak dipaparkan kepada umum.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

Japanese cotton cheese cake

Japanese cotton cheese cake

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar (saya guna susu penuh krim)

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

Cara2:


#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.


1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.

2. Masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C.

4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.


5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.

6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.

8. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya.



Selamat mencuba....


BISKUT RED VELVET

BISKUT RED VELVET

Resepi asal: Cookingclassy.com

Bahan2
200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
1 biji telur gred A
300 gm tepung gandum (QH guna 150gm tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih (QH guna coklat chips twin)
100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)

Hiasan: Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips twin)

Caranya
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Chocolate indulgence cake


Chocolate chiffon:



Bahan A
30g cocoa powder - larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telur - asingkan putih & kuning
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung @ butter- cairkan
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara2:
1. Panaskan oven pd suhu 180C. Satukan bahan A & pukul hingga kembang menggunakan high speed.



2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B  hingga kental guna high speed.



3. Kaup balikkan bahan A ke dalam B. Tuang dalam loyang 9' & bakar selama 40 min atau hingga masak.





4. Angkat dari loyang & terbalikkan atas wire rack, sejukkan sepenuhnya, trimkan bahagain atas kek supaya rata & potong kepada 4 lapisan.





Chocolate mousse: 
200g dark chocolate
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - dipukul hingga kembang
60g gula kastor
1/2 tbsp butter
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
1  1/2 tbsp gelatin
50ml air
(simpan sdikit adunan untuk di sapu tipis pada kek)




Cara2 membuat chocolate mousse:
1. Rendam gelatin dgn air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.




2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti butter & campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.





3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan coklat yang masih panas, kemudian masukkan whipping cream yang telah di pukul, gaul rata. 








4. Jika chocolate mousse masih lagi cair setelah di masukkan gelatin, simpan dulu dlm peti sejuk baru di sapu pada kek.





White chocolate mousse:
200g white chocolate
100ml UHT fresh milk
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - pukul hingga kembang
60g gula kastor
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air




Cara2 membuat white chocolate mousse:
1. Rendam gelatin & air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.




2. Cairkan white chocolate secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.




3. Dalam mangkuk lain, putar putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan white chocolate yang masih panas. Kemudian, masukkan susu & whipping cream. Gaul rata.







4. Masukkan mousse kedalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku. Kemudian keluarkan & pukul guna high speed hingga pekat & bertanduk. Sebaikknya white chocolate mousse di sediakan sehari lebih awal sebelum membuat kek & simpan dalam peti sejuk. Pukul hingga kembang baru sapu atas kek.





Chocolate ganache topping:
150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan




Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.



2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.




Cara2 melapis kek:
1. Potong chiffon kepada 4 lapisan.




2. Lapisan pertama: Letak kek dalam loyang 9' loose base tin (saya guna cake ring). Tuang white chocolate mousse atasnya & ratakan.






3. Lapisan kedua: Letak kek atas lapisan pertama, tuang chocolate mousse atasnya & ratakan.



4. Lapisan ketiga: Letak kek atas lapisan kedua, tuang baki whote chocolate mousse & ratakan.

5. Lapisan terakhir: Letak kek di atas lapisan ketiga & simpan dlm peti sejuk semalaman.




6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis chocolate mousse keseluruhan kek & simpan sekejap dlm peti sejuk hingga keras.







7. Letak kek atas wire rack (lapik dgn parchment paper supaya senang di bersihkan) & tuang chocolate ganache topping, biarkan coklat mengeras. Tanggalkan lapik & simpan dalam peti sejuk.






8. Potong menggunakan pisau yang di rendam dalam air panas, lap & potong kek.






Selamat mencuba : )