Kasih Rakyat

Dizaman yang serba pantas ini, anda mungkin bakal menghadapi peristiwa yang tanpa diduga. Maka tindakan bijak ialah melabur didalam polisi insurans yang boleh memberi jaminan perlindungan kepada anda serta orang tersayang.Anda memerlukan pelan KASIH RAKYAT. Bayaran yang dikenakan hanya 0.14 sen sehari, tetapi menjaminkan faedah berganda. Jadi ambillah kesempatan dengan KASIH RAKYAT ini sekarang!!

FAEDAH-FAEDAH UTAMA
RM30,000.00
Bagi kemalangan yang mengakibatkan : Lumpuh dari bahagian leher kebawah, atau kehilangan akal sepenuhnya.


RM30,000.00
Perlindungan maksima bagi kehilangan fizikal atau hilang upaya kekal.


RM20,000.00 
Bagi kematian akibat :
Kemalangan kenderaan
Pembunuhan atau serangan
Mogok, rusuhan atau kekacauan awam atau rampasan
Keracunan makanan dengan tidak sengaja
Lemas atau kegagalan pernafasan
akibat asap atau gas beracun dengan tidak sengaja
Dipanah petir
Pendedahan Dan kehilangan


RM10,000.00
Faedah tambahan - semasa didalam perjalanan
sebagai penumpang yang membayar tiket(berlesen utk membawa penumpang).


RM3,000.00
Khairat kematian dibayar diatas tambahan jumlah pokok kematian semua sebab.
kelayakan manfaat bermula selepas 6 bulan dari tarikh berkuatkuasa perlindungan bagi kematian selain daripada kemalangan.




FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN
Sehingga RM900 setiap kemalangan
Setiap kemalangan Faedah tunai kemasukan hospital-faedah harian bagi kemasukan hospital maksima sehingga 30 hari (RM30 setiap hari)


RM500.00
Untuk pembelian kerusi roda,tangan,atau kaki palsu dan topang


RM250.00 setiap kemalangan
Bayaran balik amaun pengeluaran ATM secara ugutan


RM200.00 setiap kemalangan
Bayaran balik caj yang dilevi oleh hospital atau syarikat ambulan swasta


RM150.00 setiap kemalangan
Gantian dokumen yang hilang akibat diragut 




PROSEDUR TUNTUTAN
(a) Kematian/Pengebumian/Khairat Kematian
Borang diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap diisi
-Laporan Polis
-Sijil Kematian
-Laporana Bedach Siasat(jika diperlukan)
-Surat Izin Pengebumian
-Salinan Kad Pengenalan
-Bill Biaya Pengebumian


(b) Hilang Upaya Kekal:
Borang yg diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Laporan Perubatan
-Bill Perubatan asal
-Salinan kad pengenalan
-Gambar menunjukkan anggota yg telah diamputasi


(c) Fi ambulan :
Borang yg diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Bill Perubatan asal
-Resit asal
-Salinan kad pengenalan


(d) Pengeluaran ATM
Borang yg  diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Laporan Polis
-Penyata Bank/Pengesahan
-Salian kad pengenalan




SEBAHAGIAN PENGECUALIAN UTAMA
Hanya pengecualian biasa seperti peperangan atau tindakan musuh asing, sengaja mencederakan diri sendiri, bunuh diri, tidak siuman, penyakit, AIDS, pengambilan dadah, kehamilan dan kelahiran anak, melakukan perbuatan yang menyalahi undang2, sukan profesional, memandu atau membonceng disemua jenis perlumbaan, memandu pesawat kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang, memburu, mabuk, sukan mempertahankan diri, luncur air, selam scuba atau mendaki gunung.


SOALAN YANG KERAP DITANYA
S- SIAPAKAH LAYAK MEMILIKI PELAN INI?
J- SEMUA Warga dan bukan warga malaysia berusia diantara 16 hingga 65, sihat tubuh badan tidak mengalami sebarang kecacatan fizikal layak mendaftar, walaubagaimanapun, mereka yg melibatkan diri dengan pekerjaan yang merbahaya seperti sukan profesional, perkhidmatan tentera sepenuh masa, pekerjaan di persisiran, penyelam lautan dalam, pembalakan dan yang terlibat dengan bahan letupan boleh diterima tetapi perlindungan hanya semasa luar kerja.


S- BILAKAH PERLINDUNGAN SAYA AKAN BERMULA?
J- Perlindungan akan bermula pada tarikh anda membayar caruman dan kad KASIH RAKYAT akan dikeluarkan kepada anda.


S- ADAKAH SEBARANG SEKATAN GEOGRAFI ATAU WILAYAH?
J- Perlindungan 24 jam,365 hari seluruh dunia bagi warganegara Malaysia dan terbatas di Malaysia sahaja bagi yang bukan warganegara Malaysia.


S-ADAKAH PELAN KASIH RAKYAT TETAP AKAN MEMBUAT BAYARAN SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI INSURANS YANG LAIN?
J- Sudah tentu! pelan KASIH RAKYAT membayar selain daripada polisi lain yang mungkin anda miliki.


S- JIKA TERDAPAT SEBARANG TUNTUTAN, KEPADA SIAPAKAH FAEDAH AKAN DIBAYAR?
J-Kematian akibat kemalangan dan khairat kematian akan dibayar kepada waris anda,lain-lain perbelanjaan yang dikenakan akan dibayar balik kepada anda.


S- BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERLINDUNGAN SAYA?
J- Perlindungan anda akan berterusan selagi anda memperbaharui keahlian anda, masih dalam usia yang ditetapkan dan berterusan membayar caruman tahunan. Anda boleh membatalkan perlindungan anda pada bila2 masa sahaja dengan memaklumkan secara bertulis kepada AG Agencies Sdn Bhd atau MAA Takaful Berhad.


S-SIAPAKAH PENGURUS TAKAFUL INI?
J- Skim Kad KASIH RAKYAT ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful. MAA Takaful adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad dan Solidarity Company BSC (C) Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab. Ditubuhkan pada 1 julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit dan mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.

No comments:

Post a Comment