Kepentingan Merancang Kewangan Dalam Islam

Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, Kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang.


Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia & akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasullullah s.a.w pernah berpesan,rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara,iaitu 


1) masa muda sebelum masa tua
2) sihat sebelum sakit
3) masa berharta sebelum masa miskin
4) lapang sebelum sibuk
5) masa hidup sebelum mati.


Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak.


Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan.


Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan :
- perbelanjaan
- perlindungan daripada risiko
- simpanan dan pelaburan.


Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada.


Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.


Amalan menabuang antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


"Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti."


Hadis Muttafaqun'Alaih (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment