KACANG POOL




Rujukan  : Kak Azlita Masam Manis & Cahaya Cinta Ku


Utk resepi asal, korang boleh klik kat link rujukan yg aku bg kat atas ni.. kalau nak resepi derhaka, leh tgk je kat belog aku ni.. muehehhe..


Bahan2 ( utk 2-4 orang mkn ) :

Kacang pool..

Aku guna separuh je sbb kami laki bini je yang mkn.. ambik kacangnya sahaja.. air dia takyah..


400 gram daging kisar.. lagi senang guna je sepeket daging kisar brand ramly..


2 sudu besar butter.. ni aku tambah sendiri.. resepi asal takde..


2 sudu besar minyak sapi..

1 sudu besar serbuk kari daging
Bawang holland sebiji di dadu
Bawang putih 2 ulas di cincang2
Garam secukup rasa
Air setengah tin.. sukat guna tin kacang pool


Bahan2 Hiasan :

Telor ayam sebiji
1 batang cili hijau di hiris serong
2 biji limau kasturi
sebiji bawang besar di dadu


Roti perancis.. potong serong, sapu sikit butter dan bakar


Sedang di bakar..


Jom kita buat kuah kacang pool pulak.. kalau ikut pada resepi asal resepi ni ada menggunakan rempah2 mcm serbuk jintan manis, buah pelaga, bunga cengkih dan sbgnya.. 

Tapi aku tak letak semua tu sbb encik suami risau tergigit time makan.. kang terus terencat kang.. hilang selera.. 


Langkah2 menyediakan kuah kacang pool :

Mula2.. hancurkan kacang pool yg dah di asingkan dari airnya dgn menggunakan garfu atau apa jelah yg di rasakan boleh..

Nak guna kaedah kunyah2 pastu luak balik pun boleh.. erkkkk.. eiiiii.. hahahha..

Hancurkan2 gitu sahaja tp jgn la lumat sgt mcm bubur nasi.. dah hancurkan sila ketepikan..


Dalam kuali.. panaskan butter bersama minyak sapi tadi..


Tumis bwg2 yg di dadu tadi.. tumis sampai layu di tasek madu.. ehhhh.. kikiki..


Masukkan serbuk kari daging.. kacau rata..


Kemudian, masukkan pula daging kisar.. kacau hingga bertukar warna 


Haaa dah tukar pun warna daging tu..


Langkah seterusnya, masukkan kacang pool yg di lenyek td.. kacau rata sampai cinta mereka bersatu.. ewahhh..


Tuangkan air setengah tin..

 Tuang setengah sbb aku guna kacang tu separuh tin tu je.. kalau korang guna 1 tin kacang, sukatan air adalah 1 tin kacang tu.. paham kan.. tak paham meh aku tampo.. kikiki


Last sekali masukkan garam secukup rasa..


Dah siappp.. sauk sedikit masuk dlm mangkuk..


Kemudian, masukkan sebiji telor ayam yg di pecahkan dgn berhati2.. 

Tips : buatkan lobang di bahagian tgh kuah kacang pool tu supaya masa kita pecahkan telor dlm tu ianya tak merebak ke semua bahagian dlm mangkuk. .

 Lebih cun kalau kedudukan telor tu di tengah2 mangkuk. . Errr paham tak nih?

Ni proses utk membuat telor tu jd separuh masak.. ada yg cakap tuang telor tu masa kuah kacang pool tgh panas..

Aku dah try tuang tp telor tu mentahh je.. so aku terus buat eksperimen.. hehehe..


Mangkuk yg berisi kuah kacang pool dgn telor td aku tutup dgn piring kecik.. Pastu, aku panaskan 60 saat dlm mikrowave..


Hasilnyaaa.. jeng jeng jengggg.. jd jugak telor tu separuh masak.. sukeeee.. eksperimen berjayaaa..


Last sekali hias dlm mangkuk tu dgn hirisan cili hijau, bwg besar dan limau..


No comments:

Post a Comment