Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

2 Bulan yang lepas dapat tau yang status "Simpanan Lantikan" dah bertukar ke "Lantikan Tetap".
syukur alhamdulillah..sekarang ni tengah menunggu surat tawaran dari JPA...Hari tu kol JPA..diaorg cakap nama aku tersenarai dalam Fasa ke II..means tahun depan....Ok.Fine. Means aku sempat la buat apa yg patut...hehe.sape sape yg status nya masih "Lantikan Tetap" tapi xdpt surat lagi? ..mane tau nnt kita sama intake next year..boleh jd member =)


Subject: STATUS SIMPANAN LANTIKAN
Puan,
Emel puan berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa calon simpanan akan dilantik mengikut tingkat keutamaan sekiranya terdapat kekosongan bagi jawatan yang sama dan juga ada permohonan penambahan kekosongan dari jabatan/kementerian. Untuk makluman, Suruhanjaya ini telah memutuskan mulai 30 Jun 2014 tempoh sah laku calon simpanan adalah selama 2 tahun. Oleh itu calon simpanan hanya akan dilantik apabila wujud kekosongan dan calon simpanan juga akan disaring bagi tujuan semakan kewarganegaraan, insolvensi dan jenayah. Hanya calon yang melepasi saringan tersebut sahaja yang akan ditawarkan pelantikan. Bagi sebarang urusan pengambilan yang diluluskan mulai 1 Jun 2012 sehingga 30 Jun 2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29 Jun 2016.
3. Jumlah keseluruhan yang telah dilantik dan ranking adalah SULIT ianya tidak dipaparkan kepada umum.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

No comments:

Post a Comment