Vitamin Shaklee & Diabetes

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA
Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan 
diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda 
awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit
Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal 
sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka 
menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah 
berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:
TANDA-TANDA DIABETES1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
◇  Penglihatan yang semakin kabur
◇  Luka lambat sembuh
◇  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇  Rasa kebas di tangan atau kaki
◇  Tekanan darah tinggi mula hadir
◇  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)
Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti 
masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli 
keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga 
walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap 
diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah 
hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi 
tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca 
diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama 
yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan
     insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak 
menggunakan insulin dengan betul seperti biasa

TANDA-TANDA DIABETES
Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
-  Adik beradik kepada pesakit diabetes
-  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
-  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
-  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
-  Individu yang tindak bersenam
-  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun
Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap 
kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi 
pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta
    mengikut keperluan umur
2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga
3. PENJAGAAN KESIHATAN
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila
    anda mengalami tanda-tanda diabetes
4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
    dengan baik.
5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
    penyakit diabetes dalam tubuh.


=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
♥B-Complex ♥Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.
=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===

♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah

♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur

♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy

♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan
berat badan, anti-penuaan

♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis


==== Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ===

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana 
boleh mengganggu penyerapan vitamin E
2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea
    mengganggu penyerapan kalsium.
Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor 
dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat.  Rawatan awal 
dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan
 suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota 
tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang 
mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.
Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :)

No comments:

Post a Comment