Tonsil dan Shaklee

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. 
Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak 
melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

    ♣ Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
   ♣ Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
   ♣ Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa Itu Radang Tonsil:-
♣Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan
 kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar 
limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. 
Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk
melawan penyakit.
♣Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil 
ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil
♣Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak.

 Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. 
Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan 
pembengkakan tonsil juga.

Antara Gejala Radang Tonsil:-
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

♣Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun

ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah 
berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
♣Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. 
Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan 
kos ubat dan masa.
♣Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada
 anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. 
Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan 
peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan
 pertumbuhannya juga boleh terganggu.
♣Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang 
menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang 
mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan 
buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan 
masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan 
tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur 
berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

♥♥Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil♥♥
   ♣ Vitamin C
   ♣ Nutriferon (immune booster Shaklee)

No comments:

Post a Comment