Penyakit Rheumatoid arthritis & Shaklee

Assalamualaikum,


Harini saya ingin berkongsi mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA)
 Penyakit ini menyerang sendi2. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh 
mengundang kepada kehilangan daya pergerakan. 

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat 
kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan 
sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di 
selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi.

Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini 
berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan 
kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain 
seperti paru-paru, kulit dan mata.


RA menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan 
tisu sinovia yg menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan 
bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan 
pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. 
Dalam peringkat ketiga , sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yg 
mungkin memakan tulang dan rawan mengakibatkan sendi yg terlibat hilang 
bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.

Serangan Rheumatoid Artritis (RA)

RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 
50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak - kanak. Kaum wanita 
mempunyai  kekerapan 3x ganda lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini 
berbanding kaum lelaki.

Tanda- tanda dan Gejala

- Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
- Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
- Berasa letih dan lesu
- Kekeringan mata dan mulut.




Terdapat 3 langkah supplements Shaklee dapat membantu penyakit RA. 
Langkah pertama membantu mengkalkan tulang rawan yang sihat 
dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Langkah kedua mengurangkan 
inflamasi dengan Omegaguard. Langkah ketiga mengekalkan sel tulang 
yang sihat dengan Ostematrix.


 1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Ia dipilih kerana tidak mengandungi kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik
bila diambil secara oral. Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggupenyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.



2. Omega Guard

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak  omega- 3 bersama 
glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega-3
-Melambatkan degradasi tulang rawan
-Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan
 gejala-gejaladalam penyakit sendi
-Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi
berkeriat-keriut & sakit

 3. Ostematrix

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu 
menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.


No comments:

Post a Comment