Cara Ubati Migrain



Hi semua. Anda selalu kena migrain? For me, tak pernah rasa dan tak pernah tahu bagaimana peritnya migrain. Tapi kebanyakan orang sekeliling saya selalu diserang migrain, dan saya tak tahu nak bagi nasihat apa :-) Jadi saya selidik dan cari sedikit sebanyak tentang migrain untuk dikongsi dengan anda, mana tahu ia boleh membantu meredakan kesakitan anda sedikit sebanyak.

APA ITU MIGRAIN DAN PUNCANYA

Migrain ialah sakit kepala yang teruk. Ada 2 jenis migrain iaitu:

CLASSIC MIGRAINE
Ia akan didahului dengan rasa kebas di tangan dan kaki, buta sementara, double vision, loya, muntah, dan akan jadi lebih sensitif dengan cahaya dan bunyi, setelah itu baru migrain menyerang.

COMMON MIGRAINE
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi).

PUNCA MIGRAIN IALAH:
  • PEMAKANAN, makanan utama yang boleh mentrigger migrain ialah keju, Makanan lain yang tinggi dalam tyramine termasuk daging diproses, jeruk, bawang, buah zaitun, beberapa jenis kacang, kismis, kacang, avokado dan sup dalam tin juga boleh menyebabkan migrain. Selain tu bahan perasa makanan (MSG) dan pewarna makanan adalah antara puncanya.
  • HORMON, Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.
  • GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT, Tidur tidak menentu, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migrain. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.
BAGAIMANA NAK TAU SAKIT KEPALA YANG ANDA HIDAPI IALAH MIGRAINE?
  1. Sakit hanya pada sebelah kepala atau kedua-dua belah secara serentak.
  2. Sakit kepala dari 4 - 72 jam
  3. Sakit kepala yang teramat bersama loya, sensitif terhadap cahaya , bunyi dan bau. Kadang-kadang mengalami keletihan dan dizziness.

CARA MENGUBATI MIGRAIN

  1. Dapatkan tidur dan cukup dan elakkan berjaga malam.Tidak cukup tidur, tidur tidak tentu masa dan jet lag boleh menyebabkan migrain menyerang.
  2. Duduk di dalam bilik yang bercahaya suram. Lampu yang terang boleh menambah simptom migrain.
  3. Jangan skip meal. Pastikan mendapat ketiga-tiga hidangan utama (sarapan, tengahari dan malam) ataupun kerapkan makan sehingga 6 kali sehari.
  4. Makan cili atau hidangan pedas.Hidangan pedas boleh melegakan migrain.
  5. Jangan kurang minum air dan seimbangkan elektrolit dalam badan. Suhu yang tinggi dan kekurangan air boleh menyebabkan migrain. Boleh cuba mengambil Shaklee Performance Drink yang terdiri daripada ramuan semulajadi, tanpa pengawet dan gula. Ia untuk menyeimbangkan semula elektrolit badan dan mengelakkan dehidrasi.
  6. Letakkan pek ais ke atas kepala, dan tutupkan mata seketika untuk melegakan migrain.
  7. Rendamkan tangan ke dalam air sejuk/berais. Dalam masa yang sama genggam dan buka tangan anda.
  8. Ambil Riboflavin sebagai suplemen. Kajian menunjukkan pengambilan 400mg sehari boleh mengelakkan migrain. Boleh ambil Shaklee B-Complex yang mengandungi  lapan vitamin B termasuk Riboflavin. Shaklee B-Complex menyediakan semua vitamin B kita tidak dapat dalam diet seharian kita. 
  9. Bagi wanita, periksa kadar hormon anda. Rendah kadar hormon progestron boleh menyebabkan migrain. Anda boleh menyeimbangkan hormon dengan mengambil Shaklee GLA-Complex.
  10. Tenangkan fikiran sambil berendam di dalam tab. Suramkan lampu dan rehatlah secukupnya.
  11. Kalsium dan Magnesium (Ostematrix)sangat penting untuk mengawal otot dan menghantar impuls saraf ke seluruh badan dan otak.

No comments:

Post a Comment