KESAN KEMUDARATAN TOKSIN KEPADA TUBUH?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:

PENYAKIT JANTUNG / TEKANAN DARAH TINGGI
Photobucket


Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesarana jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

PENYAKIT KULIT
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

DEMAM
Photobucket


Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh mendapat demam.

TUMOR
Tumor juga berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.Oleh itu, langkah awal untuk mengelakkan penyakit ialah dengan membuang toksin dan tidak semata-mata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

JIKA ANDA SEORANG PEROKOK???
Photobucket


Sayangilah nyawa anda, mungkin kempen ”TAK NAK’ tidak mampu mengubah tabiat merokok anda. Jangan khuatir kerana kami tidak mahu memaksa anda untuk tidak merokok, namun kami tahu bahawa anda YAKIN dalam tubuh anda terdapat banyak toksin terkumpul hasil dari tabiat merokok anda. Kami juga YAKIN anda tahu bahawa toksin daripada tabiat merokok ini akan memudaratkan kesihatan anda.

__________________

Ha...dalam shaklee..kita ada core vitamins yang boleh membantu dalam buang toksin ni ye...iaitu Alfalfa, herblax dan juga DTX Complex....memang penyahtoksin yang hebat lah! 

No comments:

Post a Comment