Keikhlasan yang penting

Setiap kali kita inginkan sesuatu semestinya kita kena berusaha untuk mendapatkannya...Tapi tidak semua org mendapat apa yang diinginkan dengan berusaha. Mungkin sudah tertulis untuk dia mendapat apa yang diinginkan dengan mudah tanpa bersusah payah seperti orang lain.Tapi tidak semua diantara kita yang bernasib baik seperti itu.
Tapi alangkah indahnya perasaan seseorang itu setelah mendapat apa yang diinginkan setelah berusaha berhempas pulas untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Pernahkan anda semua merasai perasaan seperti itu?? Betapa indah, seronok, puas.bahagia.berbunga-bunga cinta..mcm lagu misha omar la plak =P.macam-macam istilah untuk mengambarkan perasaan itu. Tapi apa yang lebih penting...cukup ikhlas tak hati kita melakukan semua usaha-usaha itu?? 
Mungkin pada mulanya ikhlas...tapi bila berada dipertengahan...diasak pelbagai dugaan..keikhlasan mula terhakis...namun..perjalanan hati perlu kuat dengan mengingati semula nawaitu...niat kita sebelum melakukan semua perkara itu...IKHLAS kerana ALLAH SWT. Insyallah, segala dugaan yang datang disaat kita berhempas pulas berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan akan dapat kita hadapi dengan mudah dan tenang..merancanglah untuk semua perjalanan kita tidak kira untuk didunia ataupun diakhirat.Sekurang-kurangnya kita tidak tergolong dikalangan golongang orang-orang yang rugi..
Kita merancang. Allah SWT juga merancang. Tapi perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan.

No comments:

Post a Comment