Takafulink Hajj

PERLINDUNGAN ASAS
Manfaat Kematian
-anda mempunyai pilihan utk Jumlah Yang Dilindungi yang anda kehendaki dan jumlah ini dinamakan Jumlah Asas Yang Dilindungi.Sekiranya berlaku kematian,Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)
Sekiranya Orang Yang Dilindungi Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK) sebelum umur 65 tahun, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

Nota: Jumlah Yang Dilindungi untuk Kematian dan Manfaat HUKK,adalah dijamin,dengan syarat baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah mencukupi utk membayar potongan tabarru' ke Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). Sekiranya berlaku defisit di dalam PRIA, ia akan dibayar melalui Qardhul Hassan (pinjaman tanpa faedah) daripada Pengendali Takaful.

Akaun Pelaburan Peserta
Baki daripada caruman yg tidak diperuntukkan untuk Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) akan dilaburkan ke dalam Dana Shariah MAA Takaful.

Perlindungan Khusus
Belanja Pengurusan Pengkebumian (Khairat Kematian) RM2,000. Manfaat2 ini akan dibayar dalam tempoh 24jam penyampai tuntutan yang disokong oleh salinan Laporan Polis yang diperakui, Sijil Kematian dan dokumen yg berkaitan.

Satu manfaat tambahan RM5,000 akan dibayar atas kematian dimana benefisiari mempunyai satu pilihan menggunakan manfaat bagi tujuan :

- Manfaat bayaran balik-kenderaan yg digunakan membawa peserta yg dilindungi pulang ke Malaysia.
- Ziarah-Belanja dikenakan dalam pengkebumian/penerbangan/perhotelan dan sebagainya utk keluarga yg dilindungi bg menguruskan pengkebumian di luar Malaysia
- Tujuan-tujuan lain.

Perlindungan Ziarah
100% dari pilihan anda pada Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Tambahan adalah dibayar terhadap Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Keseluruhan.

200% Jumlah Dilindungi bagi Manfaat Tambahan akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal berlaku di Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment